Kewangan

2

min read

Unit Amanah Pmb An-Nur Waqaf Income Fund

Harga terbitan dana ini adalah RM 0.50 seunit dan ia mempunyai ciri-ciri khusus yang membolehkan pemilik unit untuk mewaqafkan 30% agihan pendapatan tahunan (annual income distribution) yang diterima kepada projek waqaf.‍ Baki 70% pula akan dilaburkan semula untuk pemegang unit.

Share article

Pernah kita jumpa waqaf dengan pelaburan unit amanah? Inilah yang baru dilancarkan oleh subsidiary Mara Berhad, PMB Investment Bhd melalui Unit Amanah PMB An-Nur Waqf Income Fund. Hari pertama dana Unit Amanah ini dilancarkan, RM 7 juta telah berjaya dikumpulkan dan mereka mensasarkan pelaburan sebanyak RM 50 juta dalam dana ini sehingga 2022.

Harga terbit dana ini adalah RM 0.50 seunit dan ia mempunyai ciri-ciri khusus yang membolehkan pemilik unit untuk mewaqafkan 30% agihan pendapatan tahunan (annual income distribution) yang diterima kepada projek waqaf.

Baki 70% pula akan dilaburkan semula untuk pemegang unit. PMB mengumumkan bahawa projek waqaf akan dikawalselia oleh Waqaf An-Nur Corp yang akan menguruskan dana yang diwaqafkan oleh pemegang unit.

Selain itu, dana ini turut menawarkan perlindungan Takaful percuma kepada pemegang unit yang layak. Tentunya ia satu inovasi produk yang sangat menarik buat para pelabur di luar sana.

Usaha PMB ini adalah salah satu usaha syarikat dana dalam memasukkan elemen waqaf di dalam produk pelaburan mereka. Ini hasil daripada garis panduan baru berhubung dana waqaf daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti yang diumumkan akhir tahun lepas.

Waqaf merupakan salah satu instrument penting bagi pembiayaan social dalam kewangan Islam yang telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu. Hari ini, ia diperkasakan menjadi sebahagian daripada produk pelaburan hari ini yang mendidik pelabur supaya tidak hanya mementingkan keuntungan untuk diri sendiri semata-mata tetapi turut menyumbang kepada kebaikan social dan sejagat.

Antara yang menjadi ketetapan SC dalam garis panduan waqaf itu adalah penekanan kepada aspek ketelusan dalam melaporkan aktiviti dan projek waqaf kepada pelabur dan pemegang unit amanah. Diharapkan usaha ini dapat menambahbaik aspek pengurusan dana awam dan aspek kesaksamaan agihan harta antara masyarakat.

Baca lanjut mengenai garis panduan waqaf: https://www.sc.com.my/resources/media/media-release/sc-introduces-new-framework-to-facilitate-offering-of-islamic-funds-with-waqf-features

 

Arham Merican

13 Mac 2021

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda