Bisnes

2

min read

Bolehkah Untung 100 Peratus Dalam Islam

Urwah telah diberikan wang satu dinar oleh Rasulullah untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menyatakan hasrat untuk membeli kambing tersebut. Maka Urwah menjual seekor kambing itu dengan harga satu dinar. Kemudian ia bertemu Rasulullah dengan membawa satu dinar dan seekor kambing. Rasulullah lalu meminta penjelasan Urwah dan ia ceritakan kejadiannya maka Rasulullah pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam perniagannya.”

Share article

Hari ini semakin ramai rakyat Malaysia menceburkan diri dalam pelaburan saham. Daripada aktiviti tersebut, muncul perbincangan hukum mengenai kaedah membuat keuntungan.

 

Dua persoalan biasa yang sering menjadi perdebatan adalah pertamanya bolehkah membuat untung 100% atau lebih, dan keduanya bolehkah membuat untung dalam masa 1 minit atau kurang dengan teknik yang pelbagai yang diajar oleh sifu-sifu saham.

 

Untung 100% atau lebih

 

Pertamanya konsep atau kaedag yang perlu kita pegang dalam sebarang transaksi kewangan adalah asal hukum Muamalat adalah harus kecuali ada dalil khusus yang mengharamkan.

 

Maka berdasarkan kaedah ini, mereka yang mengtakan membuat sesuatu itu haram perlu mengemukakan dalil. Dalam isu ini, terdapat satu hadis dalam riwayat Al-Bukhari yang menceritakan bagaimana seorang Sahabat Rasulullah yang bernama Urwah.

 

Urwah telah diberikan wang satu dinar oleh Rasulullah untuk membeli seekor kambing. Kemudian ia membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika ia menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menyatakan hasrat untuk membeli kambing tersebut. Maka Urwah menjual seekor kambing itu dengan harga satu dinar. Kemudian ia bertemu Rasulullah dengan membawa satu dinar dan seekor kambing. Rasulullah lalu meminta penjelasan Urwah dan ia ceritakan kejadiannya maka Rasulullah pun berdoa:

 

 “Ya Allah berkatilah Urwah dalam bisnesnya.”

 

Berdasarkan kefahaman daripada hadis ini sahabat Urwah menjual kambing dengan harga dua kali ganda harga kos beliannya. Beliau membuat untung 100 persen dalam jangka masa yang singkat.

 

Bahkan terdapat juga hadis juga riwayat Al-Bukhari yang menceritakan transaksi sahabat yang membuat keuntungan melebihi 100% iaitu kisah Zubair Al-Awwam yang menjual tanah sembilan kali ganda dari harga beliannya.

 

Untung dalam masa singkat

 

Satu lagi pertikaian adalah isu masa untuk membuat keuntungan. Seperti kaedah di atas, konsep sama digunapakai di mana pengharaman memerlukan dalil sebagai pembuktian.

 

Dalam Shariah, ada dua kaedah yang biasa disebut tentang membuat keuntungan iaitu untung/hasil muncul disebabkan tanggungan risiko kerugian” atau al-Kharaj bi al-Dhoman dan untung/hasil muncul bersama risiko atau al-Ghunmu bi al-Ghurmi.

 

Selagi mana transaksi kita mempunyai risiko maka kita berhak mendapatkan hasilnya. Contoh jika kita membeli saham pada harga RM0.10 pada jam 9.30 pagi, kita jual saham itu pada harga RM0.11 pada jam 9.32 pagi. Bukankah adanya risiko saham tersebut jatuh nilai menjadi 0.09 atau 0.08 atau lebih rendah?

 

Dan andai saham itu jatuh, bukankah kita yang akan menanggung risikonya. Itulah yang dimaksudkan dengan kaedah tadi dan ianya harus dalam Islam. Semoga bermanfaat. 

Arham Merican

5 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda