penulis

Arham Merican

penulis

Arham Merican

penulis

Arham Merican

People in the office
People in the office
People in the office
People in the office
People in the office
People in the office
People in the office
People in the office
People in the office

Penasihat Shariah berdaftar dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Arham Merican adalah Penasihat Shariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan bertugas sebagai Ketua Pegawai Strategi di Sharlife, sebuah platform digital multi-aset untuk pelabur global membuat pelaburan patuh Shariah dan juga Pengasas Sampul Sdn Bhd, sebuah platform wasiat digital untuk aset digital. Beliau telah terlibat dalam dunia korporat dan industri Kewangan Islam selama lebih daripada lapan tahun dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad dan membantu penstrukturan Bursa Gold Dinar dan Pasaran Dagangan Karbon patuh Shariah pertama dunia. Minat beliau adalah dalam Usul Fiqh, Muamalat, Fintech, Kewangan Sosial, dan Kelestarian. 

Kewangan Islam

Sejak tahun 2015, beliau telah berkhidmat untuk Institusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara dengan pelbagai portfolio yang merangkumi perbankan, takaful, dan pasaran modal Islam. Melalui kerjaya beliau, beliau dapat menjalin hubungan dengan para ulama dan pemain industri di peringkat antarabangsa.

Beliau juga aktif berkongsi kepakaran dan pengalaman sebagai panel di pelbagai forum peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, beliau merupakan jurulatih yang diperakui HRD Corp dan pengajar di Pusat Kajian Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (IRCIEF) di Universiti Islam Selangor. Beliau adalah ahli Persatuan Penasihat Shariah dalam Kewangan Islam (ASAS) dan ahli Persatuan Sarjana Muda Shariah Malaysia (MySSA). 

People in the office
People in the office
People in the office

Kewangan Sosial

Kewangan Sosial

Dalam bidang pengurusan kewangan, beliau memegang Sijil Perancang Kewangan Islam (IFP) daripada Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) dan aktif membantu pelajar universiti dan keluarga muda dalam perancangan kewangan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Malaya (2021) dengan fokus dalam bidang Zakat & Indeks Kemiskinan Multidimensional dan juga memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Shariah dan Ekonomi Islam, Perbankan & Kewangan dari Universiti Yarmouk, Jordan (2015). Beliau juga adalah pemegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan, dijemput sebagai penceramah, panel, dan kolumnis di pelbagai platform antaranya Sinar Harian, Majalah Labur, Dewan Ekonomi, BERNAMA, NasionalFM, LabuanFM, dan Wacana Al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Mendapat Liputan Di