Kewangan

2

min read

Toyota Lancar Skim Langganan Kereta Patuh Shariah Pertama Dunia 

Awal tahun ini, Toyota Capital Malaysia telah melancarkan Kinto One, sebuah skim langganan keretapatuh Shariah pertama di dunia atas . Menurut Presidennya, Thomas Chai ia merupakan satu usahasamaantara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd melihat kepada perubahan carapenggunaan kereta oleh generasi hari ini.

Share article

Awal tahun ini, Toyota Capital Malaysia telah melancarkan Kinto One, sebuah skim langganan kereta patuh Shariah pertama di dunia atas . Menurut Presidennya, Thomas Chai ia merupakan satu usahasama antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor Sdn Bhd melihat kepada perubahan cara penggunaan kereta oleh generasi hari ini.

Menurutnya, sikap pemilik kereta hari ini telah berubah daripada pemilikan kereta kepada penggunaan kereta. Secara mudah, ia memberi peluang kepada pengguna Toyota untuk menggunakan model Toyota tertentu untuk tempoh dua hingga tiga tahun kemudian dipulangkan kembali kepada Toyota setelah tamat tempoh tersebut dengan bayaran tetap untuk langganan bulanan.

Tambahan pula, skim seperti ini telah dilancarkan di beberapa negara lain seperti Amerika dan beberapa negara Asia. Namun skim patuh Shariah ini dilancarkan khusus di Malaysia kerana kehendak pelanggan kepada produk patuh Shariah yang tinggi di sini.

Model yang ditawarkan setakat ini adalah Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner, Camry, dan Lexus. Mereka yang berminat boleh melayari pautan: http://www.kinto-my.com/. Antara perbezaan skim ini dengan skim biasa adalah tiada duit muka diperlukan, satu bayaran bulanan sahaja termasuk cukai jalan, Takaful, dan servis, dan tidak memberi kesan kepada CCRIS.

Menurut FAQ Kinto One, Toyota bertindak selaku pemilik akan menganggung kos servis selaku pengguna kereta, pengguna harus menanggung saman sekiranya ada dan tertakluk kepada peraturan yag ditetapkan oleh pemilik seperti tidak boleh mengubahsuai kereta dan kereta hanya boleh digunakan di dalam Malaysia. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian pula, ia akan dilindungi oleh pelan Takaful.

Skim ini merupakan satu skim alternative kepada mereka yang gemar menukar kereta dan paling penting ia ditawarkan sebagai skim patuh Shariah yang bakal memberi manfaat kepada semua khususnya umat Islam di negara ini.

Arham Merican

8 Apr 2021

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda