Kewangan

2

min read

Tips Kewangan Sheikh Dr. Tareq Suwaidan

Sheikh Dr. Tareq Suwaidan adalah seorang hartawan Kuwait, pakar motivasi, dan seorang pakar Sirah. Beliau merupakan Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Gulf Innovation Group di Kuwait. Seorangusahawan dan personaliti media, rancangan-rancangan beliau merupakan antara rancangan yang mendapat tontonan tertinggi di Timur Tengah.

Share article

Sheikh Dr. Tareq Suwaidan adalah seorang hartawan, pakar motivasi, dan seorang pakar Sirah yang berasal dari Kuwait. Beliau merupakan Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Gulf Innovation Group di Kuwait.

Seorang usahawan dan personaliti media, rancangan-rancangan beliau merupakan antara rancangan yang mendapat tontonan tertinggi di Timur Tengah.

Di samping itu, beliau banyak menulis dan menghasilkan buku. Setakat hari ini beliau mempunyai 54 judul buku dan buku terlaris dengan judul Qasas al Anbiyaa (Kisah-kisah Nabi) telah dijual sebanyak lebih 2 juta naskhah.

Antara buku beliau yang ditulis bersama seorang rakyat Malaysia, Dr. Azman Hussin telah dicetak berulang kali berjudul: Prophet Muhammad SAW The Hallmark of Leadership.

Nilai pendapatan Dr. Tareq Suwaidan berdasarkan majalah Forbes dilaporkan mencecah USD1 juta setahun.

Beliau aktif menulis di laman web beliau http://suwaidan.com/ dan mempunyai 9.9 juta pengikut di Twitter.


Selain daripada itu, beliau melalui halaman Islamway telah berjaya menarik lebih 3.4 juta pendengar yang mendengar dan mengikuti kuliah-kuliah dan program motivasi beliau.


Beliau sangat dikenali dan menjadi tumpuan anak muda Muslim di Timur Tengah kerana penyampaiannya yang menarik berkaitan Sirah dan tips-tips kehidupan sebagai seorang Muslim.

Antaranya dalam bab kewangan, beliau pernah berkongsi tujuh tips sebagai panduan kepada anak muda dalam menguruskan harta.

1. Pastikan gaji pendapatan meningkat setiap 3 tahun.

2. Pastikan aset bertambah setiap 5 tahun.

3. Pastikan hutang tidak melebihi 10% daripada pendapatan tahunan.

4. Pastikan mempunyai simpanan selepas waktu pencen.

5. Pastikan mula melabur di usia muda.

6. Jangan melabur di tempat atau guna kaedah yang tidak kita faham.

7. Pastikan mempunyai simpanan kecemasan.

Semoga panduan ini menjadi pedoman kita semua.

Arham Merican

1 Mac 2023

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda