Kewangan

2

min read

Saidina Umar Dan Pelaburan

Maka melihat kepada risiko itu, Saidina Umar meminta penjaga harta anak yatim tadi untuk melaburkannya supaya hasil pelaburan itu dapat menyelamatkan atau mencambahkan lagi simpanan tadi seterusnya memberi kebaikan kepada anak yatim. Banyak yang kita dapat pelajari daripada kisah ringkas ini. Dalam konteks hari ini, harta kita bukan hanya 'dimakan' oleh Zakat malah turut menyusut akibat daripada Inflasi. Inflasi dalam istilah ekonomi merujuk kepada kenaikan harga barang atau penurunan nilai mata wang.

Share article

Tahukah anda melabur itu sangat digalakkan dalam Shariah?

 

Dalam sirah, terdapat satu kisah di mana Saidina Umar pernahmengarahkan para sahabat yang memegang amanah harta anak yatim supaya melaburkan atau dalam konteks dahulu memperdagangkan harta itu untuk mendapatkan keuntungan.

 

Kata Saidina Umar:

 

اتجروا في أموال اليتامى لا تأكله الزكاة

 

"Dagangkanlah (laburkanlah) harta anak yatim supaya tidak dimakan zakat".

 

Konteks kata-kata Saidina Umar ini adalah sekiranya harta anak yatim tadi dibiarkan sebagai simpanan dan simpanan andainya melebihi nisab (tanda aras wajib Zakat) maka Zakat perlu dikeluarkan sebanyak 2.5%. Maka berkuranglah 2.5% simpanan harta itu setiap tahun.

 

Bayangkan andai harta itu disimpan selama 10 tahun sehingga anak-anak yatim tadi dapat diserahkan harta mereka? 25% penyusutan atau ¼ atau dalam angka bayangkan nilai 1,000,000 diwariskan tetapi akhirnya hanya 750,000 yang diserahkan kepada anaknya.

 

Maka melihat kepada risiko itu, Saidina Umar meminta penjaga harta anak yatim tadi untuk melaburkannya supaya hasil pelaburan itu dapat menyelamatkan atau mencambahkan lagi simpanan tadi seterusnya memberi kebaikan kepada anak yatim.

 

Banyak yang kita dapat pelajari daripada kisah ringkas ini.

 

Dalam konteks hari ini, harta kita bukan hanya 'dimakan' oleh Zakat malah turut menyusut akibat daripada Inflasi.

 

Inflasi dalam istilah ekonomi merujuk kepada kenaikan harga barang atau penurunan nilai mata wang.

 

Setiap tahun barangan pelbagai sektor diukur kadar inflasinya. Secara purata kadar inflasi Malaysia adalah pada kasar 3% manakala sektor paling tinggi kadar inflasinya adalah sektor perubatan pada kadar 13.6% pada tahun 2019.

 

Disebabkan ini kita digalakkan melabur. Dalam pengurusan kewangan, simpanan kita haruslah diletakkan dalam instrumen yang dapat mendatangkan pulangan. Hari ini banyak instrumen patuh Shariah yang tersedia, paling mudah dan menjadi pilihan ramai adalah menyimpan dalam Tabung Haji, ASB, Deposit Tetap Islamik atau yang berpengetahuan akan menyimpan simpanan mereka dalam Unit Amanah seperti Islamic Cash Fund atau Sukuk Fund.

 

Selain itu, tahukah anda berdasarkan Akta KWSP 1991, KWSP bertanggungjawab memberikan pulangan kepada pencarum paling minima 2.5% setahun supaya kalis inflasi?

 

Namun bagi KWSP Simpanan Shariah, kadar dividen mestilah berdasarkan prestasi keuntungan sebenar, walaubagaimanapun pengurusan KWSP memberi jaminan pelaburan Shariah akan setanding pelaburan Konvensional. Maka kita yakin dengan pihak pengurusan KWSP dalam menjaga simpanan persaraan kita secara profesional dan patuh Shariah.  

 

Selain itu, kos-kos lain juga tertakluk kepada inflasi. Contohnya kos pendidikan, secara purata kos pendidikan sekarang bagi 4 tahun sarjanan pengajian muda adalah dalam lingkungan RM 18,000 - RM 40,000 bergantung kepada bidang pengajian.

 

Campur inflasi, kos pendidikan bagi anak kita nanti dalam masa 20 tahun akan datang bakal mencecah RM 48,000- RM 100,000.

 

Disebabkan itu, sebagai umat Islam, kita bukan hanya dituntut untk menyimpan, malah dituntut untuk melaburkan simpanan itu.

 

Maka melaburlah dan yang paling penting kita memahami asas instrumen pelaburan kita, melabur di tempat yang sah dan patuh Shariah untuk kebaikan kita dunia dan akhirat.

 

Moga bermanfaat!


Arham Merican

13 Mac 2023

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda