Kewangan

2

min read

Rule Of 7 Dalam Pelaburan

Berdasarkan fakta tahun 2016, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memaklumkan bahawa lebih 76% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghadapi masa sukar atau “kecemasan”. Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih 6 bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah, manakala 18% lagi boleh hidup lebih 3 bulan. Menariknya tentang simpanan dan simpanan kecemasan, ia menjadi strategi Tuan Zukri, bekas CEO Tabung Haji dalam memulihkan Tabung Haji. Katanya beliau telah berjaya mewujudkan rizab/simpanan bagi Tabung Haji sebanyak RM400 juta dan akan ditambah apabila keadaan perniagaan positif dan akan digunakan apabila keadaan terdesak.

Share article

Tony Robbins adalah seorang jutawan di Amerika Syarikat yang banyak menulis buku motivasi kewangan. Dikhabarkan beliau menerima sehingga USD 300,000 bagi satu sesi ceramah. Antara buku beliau yang menjadi rujukan ramai adalah Unshakeable.


Ada satu tips menarik yang dikongsikan di dalam buku ini iaitu the Rule of 7. Ia merujuk kepada keperluan seorang pelabur untuk mempunyai dana simpanan kecemasan selama 7 tahun gaji atau pendapatan bagi menjamin kehidupan yang stabil, tidak terjejas dengan naik turun pasaran.


Berdasarkan fakta tahun 2016, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia memaklumkan bahawa lebih 76% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menghadapi masa sukar atau “kecemasan”.

Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai wang mencukupi untuk meneruskan hidup lebih 6 bulan pada waktu kecemasan atau tempoh susah, manakala 18% lagi boleh hidup lebih 3 bulan.

Menariknya tentang simpanan dan simpanan kecemasan, ia menjadi strategi Tuan Zukri, bekas CEO Tabung Haji dalam memulihkan Tabung Haji. Katanya beliau telah berjaya mewujudkan rizab/simpanan bagi Tabung Haji sebanyak RM400 juta dan akan ditambah apabila keadaan perniagaan positif dan akan digunakan apabila keadaan terdesak.

Langkah ini menjamin operasi Tabung Hajidalam melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu seramai mungkin rakyat Malaysia menunaikan ibadah Haji.

Sesungguhnya kuasa simpanan sangatlah besar. Ia menjadi punca Nabi Yusuf dilantik menjadi Menteri Kewangan Mesir setelah mencadangkan kepada Raja Mesir tentang strategi mempunyai simpanan bagi menghadapi kemarau selama tujuh tahun. Ya, Tujuh Tahun.

Ayat 47 dan 48 daripada Surah Yusuf menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Yusuf mencadangkan supaya hasil tanaman disimpan kecuali sedikit untuk dimakan sebagai persiapan kemarau selama tujuh tahun:

"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tanam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

Kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan. Bolehlah makan makanan yang telah disimpan itu, kecuali kena simpan sedikit untuk buat benih – jangan habiskan makan pula.

Satu kebetulan tujuh tahun dipilih oleh Tony Robbins? Berapa kadar simpanan kita terutama buat para pelabur sekalian.

Arham Merican

13 Mac 2022

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda