Kewangan

2

min read

Resolusi Shariah Berkenaan Aset Digital Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 

Ramai hari ini yang telah mula pelaburan asset digital khususnya dengan pengumuman Suruhanjaya Sekuriti yang memberi pengesahan kepada tiga platform digital iaitu Luno, Tokenize, dan Sinegy. Minat terhadap asset digital ini dikuatkan lagi dengan Resolusi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 yang lepas.

Share article

Ramai hari ini yang telah mula pelaburan asset digital khususnya dengan pengumuman Suruhanjaya Sekuriti yang memberi pengesahan kepada tiga platform digital iaitu Luno, Tokenize, dan Sinegy. Minat terhadap asset digital ini dikuatkan lagi dengan Resolusi Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti pada 29 Jun 2020 dan 20 Julai 2020 yang lepas.

Walaubagaimapun, masih ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan hukum pelaburan asset digital. Dalam resolusi tersebut, MPS telah membincangkan tiga isu:

1.     Adakah asset digital boleh dianggap sebagai asset menurut perspektif Shariah?

2.     Adakah asset digital dikira sebagai matawang atau barang dagangan?

3.     Bagaimana menentukan status Shariah token digital?

Sebelum itu, terdapat perbezaan antara asset digital, matawang digital, dan token digital.

Berdasarkan resolusi tersebut, asset digital merujuk kepada kedua-dua matawang digital dan token digital. Matawang digital pula dibahagikan kepada dua jenis, satu yang disandarkan kepada teknologi semata-mata seperti Bitcoin, Litecoin, Ripple dan sebagainya dan jenis kedua adalah yang disandarkan kepada asset ribawi seperti emas dan perak. Antara matawang digital yang disandarkan kepada asset ribawi adalah GoldX yang dikeluarkan oleh Hello Gold.

MPS membuat resolusi bahawa matawang digital yang disandarkan kepada teknologi tidak dikira sebagai matawang dalam perspektif Shariah, maka a tidak boleh disamakan dengan pelaburan FOREX yang tertakluk kepada ketetapan Shariah dalam bab perdagangan matawang. Bagi matawang digital yang disandarkan kepada asset ribawi maka ketetapan Shariah terhadap perdagangan matawang adalah tertakluk. Ketetapan paling utama adalah ia perlu dilakukan secara lani (spot) dan semisal.

Bagi token digital pula, MPS merumuskan bahawa ianya barang dagangan dan bukannya matawang. Bagi menentukan status Shariah token digital, ia perlu dipastikan bahawa hasil atau perolehan daripada jualan token digital itu haruslah digunakan untuk projek atau aktiviti yang patuh Shariah dan segala manfaat kepada pemegang token digital itu haruslah patuh Shariah.

Itulah rumusan ringkas daripada resolusi Shariah tentang asset digital oleh MPS Suruhanjaya Sekuriti, ia boleh dibaca di pautan: https://www.sc.com.my/development/islamic-capital-market/resolutions-of-the-sc-shariah-advisory-council

 

Arham Merican

1 Sep 2020

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda