Kewangan

2

min read

Kontrak Pelaburan Shariah – Wakalah Bil Istismar

Konsep sama digunakan oleh TH di mana duit pendeposit akan dikumpulkan kemudian dilaburkandan hasil pelaburan akan dibahagikan kepada pemilik akaun TH setelah ditolak upah Wakalah. Satu lagi institusi pelaburan yang menggunakan kontrak ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagi yang telah menukarkan akaun KWSP mereka ke akaun Simpanan Shariah, kita tentunya ingat perjanjian yang kita persetujui di mana kita melantik KWSP sebagai wakil kita untuk melaburkan duit simpanan kita untuk persaraan nanti.

Share article

APA ITU WAKALAH BIL ISTISMAR

Wakalah bil Istismar adalah salah satu kontrak yang digunakan dalam kontrak pelaburan dalam industry kewangan Islam. Wakalah bermakna wakil dan Istismar bermakna pelaburan, kontrak ini merujuk kepada satu perjanjian di mana satu pihak melantik satu pihak lain sebagai wakilnya dalam melakukan pelaburan sama ada dengan upah atau tanpa upah.

Mungkin pertama kali kita mendengar nama kontrak ini adalah apabila Tabung Haji (TH) membuat pertukaran kontrak Wadiah Yad Dhamanah kepada Wakalah bil Istismar akhir tahun lepas. Hakikatnya kontrak ini telah lama digunakan dan telah banyak diaplikasikan dalam industry kewangan Islam.

APLIKASI WAKALAH BIL ISTISMAR

Terdapat dua jenis kontrak Wakalah bil Istismar. Pertamanya Wakalah bil Istismar Terhad di mana projek atau perlaburan adalah terhad kepada syarat-syarat tertentu seperti kawasan projek, jenis projek, tempoh projek, dan sebagainya. Jenis kedua pula adalah Wakalah bil Istismar Tidak Terhad dan syarat-syarat itu fleksibel dengan anggaran kadar keuntungan yang diharapkan oleh pelabur kepada wakil yang membuat pelaburan itu.

Contohnya dalam projek-projek di dalam Investment Account Platform (AIP), kontrak ini banyak digunakan.

 Bank Muamalat selaku pengurus dana ini akan mengenakan upah Wakalah atau Wakalah Fee sebagai upah menjadi wakil mengurus, memantau, dan menyediakan perkhidmatan berkaitan pelaburan seperti laporan kepada pihak pelabur.

Konsep sama digunakan oleh TH di mana duit pendeposit akan dikumpulkan kemudian dilaburkan dan hasil pelaburan akan dibahagikan kepada pemilik akaun TH setelah ditolak upah Wakalah.

Satu lagi institusi pelaburan yang menggunakan kontrak ini adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagi yang telah menukarkan akaun KWSP mereka ke akaun Simpanan Shariah, kita tentunya ingat perjanjian yang kita persetujui di mana kita melantik KWSP sebagai wakil kita untuk melaburkan duit simpanan kita untuk persaraan nanti.

Hasil pelaburan dan kadar dividen setelah ditolak upah Wakalah yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Shariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

Info lanjut Simpanan Shariah: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/simpanan-shariah

APLIKASI WAKALAH DALAM TAKAFUL

Selain produk pelaburan, perkataan Wakalah juga biasa kita dapati dalam produk-produk Takaful. Upah Wakalahdikenakan kepada pencarum biasanya dalam 5% hasil caruman sebagai upah kepada syarikat Takaful yang menguruskan caruman kita bersama caruman-caruman pencarum Takaful yang lain.

Selain itu, syarikat Takaful juga bertanggungjawab melaburkan dana Takaful itu dan memastikan dana tersebut cukup bagi menampung tuntutan-tuntutan akibat kos perubatan atau kematian pencarum kelak.

Disebabkan itu, upah Wakalah dikenakan.

Di peringkat pengawalselia industry perbankan dan Takaful, pihak Bank Negara Malaysia mengeluarkan garis panduan Wakalah sebagai rujukan kepada industry. Ia menggariskan syarat-syarat serta mekanisme pengurusan kontrak Wakalah oleh pihak kewangan Islam.

Sila rujuk: https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=137&ac=499&bb=file

Selain daripada produk perbankan, kontrak Wakalah bil Istismar turut diaplikasikan secara meluas dalam membuat struktur Sukuk.

Semoga perkongsian ini membantu kita memahami produk dan kontrak dalam kewangan Islam.

Arham Merican

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda