Bisnes

2

min read

Kejujuran Sahabat Dalam Perniagaan

Jarir masuk Islam pada tahun 10H di Madinah dan mengucap bai'ah (sumpah setia) kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata, "Aku berbaiah kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan bernasihat kepada setiap Muslim." Hingga akhir hayat, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang diucapkannya.

Share article

Kisah ini diambil daripada kitabkecil bertajuk Al-Khittah Al-Barraqah lizi An-Nafsi At-Tawwaqah karangan Sheikh Dr. Solah al-Khalidi, ulama Tafsir asal Palestin yang menetap di Jordan.

 

Kisah seorang sahabat Nabi, periwayat Hadis bernama Jarir Al-Bajali dan kefahaman beliau mengenai perintah Nasihat dalam Islam. 

 

Jarir masuk Islam pada tahun 10H di Madinah dan mengucap bai'ah (sumpah setia) kepada Rasulullah SAW. Beliau berkata, "Aku berbaiah kepada Rasulullah SAW untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan bernasihat kepada setiap Muslim."

 

Hingga akhir hayat, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang diucapkannya.

 

Pada satu hari, Jarir meminta pembantunya pergi ke pasar untuk membeli seekor kuda. Pembantunya  mencari kuda yang elok dan akhirnya berjumpa dengan seorang pemilik kuda dan mereka sepakat akan harga kuda itu dengan harga 300 dirham, lalu mereka berdua mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.

 

Jarir bertanya: "Berapakah harganya?" Pemilik kuda berkata: "300 dirham."

 

Jarir berkata: "Kuda ini bernilai lebih daripada itu."

 

Pemilik kuda itu bertanya:"Berapakah harganya pada pandanganmu?"

 

Jarir berkata: "Kamu harus menjualnya antara 500 dirham. Kemudian Jarir menbuat tawaran melebihi harga 500 dirham hinggalah beliau berkata: "Eh tidak, kuda kamu sangat baik dan harganya patut 800 dirham."

 

Akhirnya kuda itu dibeli dengan harga 800 dirham. 

 

Apabila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian, Jarir menjawab: "Saya berjanji kepada Rasulullah SAW untuk sentiasa memberi nasihat kepada Muslimin."

 

Renungilah kisah ini dan bandingkan dengan sifat kita. Betapa jauh ya kita dengan sifat sahabat Rasulullah ini, baik kita sebagai penjual apatah lagi kita sebagai pembeli. Sama ada kita menipu atau kita yang ditipu. 

Arham Merican

11 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda