Ekonomi

3

min read

Ibra - Rebat Wajib Dalam Perbankan Islam

Apa itu Ibra’? Ibra’ adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud pelepasan hak. Dalam istilah perbankan ia merujuk kepada pihak Bank yang melepaskan haknya untuk menerima bayaran kadar untung yang menjadi sebahagian daripada jumlah Selling Price. Bahasa mudahnya Ibra’ adalah Rebat. Di awal era perbankan Islam, Ibra’ ini bergantung kepada pihak bank masing-masing sama ada diberikan kepada pelanggan atau tidak. Namun bermula 1 November 2011, garis panduan Ibra’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikuatkuasakan.

Share article

Lebih 80 peratus produk pembiayaan perbankan Islam berasaskan konsep jual beli sama ada ia kontrak Murabahah, Bai Bithaman Ajil (BBA), Bai Inah, atau Tawarruq. Kesemua kontrak ini melibatkan akad jual beli asset pendasar (underlying asset) daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain iaitu antara bank dan pelanggan mereka.

Dalam pengoperasian pembiayaan antara pelanggan dan pihak Bank, satu transaksi jual beli asset pendasar atau komoditi akan dilakukan dan seterusnya satu obligasi hutang akan dihasilkan di mana pelanggan akan membayar hutang itu kepada pihak Bank secara ansuran.

Obligasi hutang itu terbit daripada penjualan aset atau komoditi daripada Bank kepada pelanggan pada harga jualan atau istilahnya Selling Price. Selling Price ini merangkumi jumlah pembiayaan atau biasa disebut sebagai prinsipal ditambah dengan kadar keuntungan Bank.

Contohnya apabila kita ke Bank untuk pembiayaan peribadi RM 10,000.00. Bank akan menjual kepada kita komoditi dengan harga RM 10,000 tambah Kadar Keuntungan Siling atau Kadar Keuntungan Kontrak (Ceiling Profit Rate/Contracted Profit Rate) dengan kadar kebiasaannya 10-12%. Kontrak pembiayaan 10 tahun pada kadar keuntungan 10% bermakna Selling Price yang dikenakan adalah RM 15,858.00.

RM15,858.00 itu akan menjadi obligasi hutang kita. Kerana inilah ada yang mengatakan pembiayaan di perbankan Islam lebih mahal berbanding perbankan konvensional. Realitinya, angka itu adalah kadar maksimum dan kadar sebenar yang dikenakan kepada kita adalah lebih rendah daripada itu.

Kadar sebenar dikenakan kepada kita dipanggil Kadar Keuntungan Efektif (Effective Profit Rate), yang berubah mengikut perubahan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) dan Kadar Bank (Bank Rate, BR). Dalam hampir semua keadaan kecuali pada waktu krisis di mana OPR akan mencanak naik, bayaran kepada bank tidak akan sampai jumlah siling tersebut.

Setelah selesai pembayaran atau dalam keadaan di mana kita membuat pembayaran awal, pihak Bank diwajibkan memberi Ibra’.

Apa itu Ibra’?  

Ibra’ adalah istilah bahasa Arab yang bermaksud pelepasan hak. Dalam istilah perbankan ia merujuk kepada pihak Bank yang melepaskan haknya untuk menerima bayaran kadar untung yang menjadi sebahagian daripada jumlah Selling Price. Bahasa mudahnya Ibra’ adalah Rebat.

Di awal era perbankan Islam, Ibra’ ini bergantung kepada pihak bank masing-masing sama ada diberikan kepada pelanggan atau tidak. Namun bermula 1 November 2011, garis panduan Ibra’ oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dikuatkuasakan.

Garis panduan ini mewajibkan bank-bank Islam memberikan Ibra’ kepada pelanggannya dalam keadaan-keadaan tertentu. Garis panduan tersebut juga menunjukkan cara kiraan dan jenis-jenis keadaan yang mewajibkan pemberian Ibra’ tersebut.

Garis Panduan Ibra’: https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=144&ac=158&bb=file


Antara contoh pengiraan Ibra’ dalam penyelesaian awal (early settlement)bagi Pembiayaan Perbankan Islam adalah seperti berikut:

 Perbezaan amalan perbankan Islamdan perbankan konvensional adalah kewujudan caj penyelesaian awal. PerbankanIslam tidak dibenarkan mengenakan caj ini, sebaliknya ia perlu memberi Ibra’kepada pelanggannya.

 

Harga Jualan                                      

RM 15,858.09

Jumlah Pembiayaan/Prinsipal          

RM 10,000

Kadar Keuntungan Siling (KKS)      

10%

Kadar Keuntungan Efektif (KKE)      

6%

Tempoh Pembiayaan                          

10 tahun (120 bulan)

Cara Pembayaran                              

Bulanan

 

Jumlah Ansuran berdasarkan KKE

13,322.46


 

Ini adalah contoh mudah di mana Harga Jualan adalah RM 15,858.09. Namun itu hanya berlaku sekiranya pelanggan membuat bayaran ansuran mngikut KKS 10%, walaubagaimanapun pembayaran menurut KKE pada 6% menyebabkan di akhir pembiayaan iaitu bulan ke 120, pelanggan hanya membayar jumlah sebanyak RM 13,322.46 (RM 10,000 + RM 3,322.46) sahaja.

Baki sebanyak RM 2,535.63(RM15,858.09 – RM 12,322.46) dikira sebagai Ibra’ atau pemberian Rebat oleh pihak Bank.

Manakala sekiranya pelangganmemutuskan untuk membuat penyelesaian awal pada bulan ke-50, dia hanya perlu membayar baki RM 6,543.48 maka jumlah Ibra’nya adalah RM15,858.09 - RM6,543.48 = RM 9,314.61.

Perbezaan ketara antara perbankan Islam dan perbankan konvensional juga adalah pada KKS di mana caj bank pada pelanggan tidak boleh dan tidak akan melebihi kadar siling itu, berbeza dengan perbankan konvensional yang tidak meletakkan apa-apa kadar siling. Dalam keadaan krisis seperti pada tahun 1998 di mana Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) yang ditetapkan oleh BNM pada 12.27%, kadar ansuran pelanggan akan turut meningkat melebihi apa yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian.

 

Maka selepas ini apabila kita berkunjung ke Bank untuk urusan pembiayaan, tanyakan pegawai tersebut berapakah kadar ansuran maksimum menurut KKS. Ini memberi peluang untuk kita berfikir kembali tahap kemampuan kita untuk 10-30 tahun tempoh pembiayaan yang akan datang.

Arham Merican

12 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda