Shariah

2

min read

Hukum Transaksi Atas Talian Ketika Solat Jumaat

Perintah bersegeralah dan tinggalkan jual beli dalam ayat diatas adalah perintah wajib. Kewajipan ke atas semua lelaki Muslim yang diwajibkan solat Jumaat kecuali mereka yang bermusafir, sakit, kanak-kanak, dan mempunyai pekerjaan yang mendesak mereka bertugas seperti tentera, pengawal keselamatan dsb. Maka golongan yang diwajibkan solat Jumaat ke atasnya hendaklah berjaga-jaga khususnya dalam bab melakukan transaksi atas talian hari ini. Bagi penjual wanita pula, di dalam kitab al-Mughni karangan Ibn Qudamah terdapat larangan menjual kepada kaum lelaki dengan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: "Janganlah kamu berbantu dalam dosa dan permusuhan."

Share article

Biasakah kita melihat rakan-rakan kita melihat skrin telefon ketika mendengar khutbah? Hati-hati kerana ia adalah satu perbuatan yang dilarang andainya yang dilihat itu adalah laman web Shoppee atau Lazada dan ada transaksi yang dilakukan sambil mendengar khutbah tadi.

 

Terdapat larangan berjual beli selepas azan kedua SolatJumaat (khatib naik atas mimbar) berdasarkan firman Allah dalam Surah a-Jumu’ah ayat 9:

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَلِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Maksudnya: “Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

 

Perintah bersegeralah dan tinggalkan jual beli dalam ayat diatas adalah perintah wajib. Kewajipan ke atas semua lelaki Muslim yang diwajibkan solat Jumaat kecuali mereka yang bermusafir, sakit, kanak-kanak, dan mempunyai pekerjaan yang mendesak mereka bertugas seperti tentera, pengawal keselamatan dsb.

 

Maka golongan yang diwajibkan solat Jumaat ke atasnya hendaklah berjaga-jaga khususnya dalam bab melakukan transaksi atas talian hari ini.

 

Bagi penjual wanita pula, di dalam kitab al-Mughni karangan Ibn Qudamah terdapat larangan menjual kepada kaum lelaki dengan firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

 

"Janganlah kamu berbantu dalam dosa dan permusuhan"

 

Oleh kerana itu, bank-bank patuh Shariah ada antaranya mempunyai resolusi khusus tentang waktu operasi ketika waktu Solat Jumaat bagi mengelakkan larangan dalam surah al-Jumuah tadi.

 

Semoga kita dapat menghidupkan perintah dalam ayat tadi untuk meninggalkan sebarang bentuk jual beli dan fokus dalam mendengar khatib memberi khutbah ketika waktu Jumaat. Selepas Jumaat hidupkan pula perintah Allah dalam ayat 10 surah al-Jumu’ah:

 

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوااللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

 

Maksudnya:“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.”

 

Semoga kita semua diberikan keuntungan oleh Allah Pemilik segala Keuntungan.

Arham Merican

8 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda