Shariah

3

min read

Hadis Forex

Apa yang kita faham daripada kenyataan itu adalah ada jenis FOREX yang diharuskan antaranya sekiranya kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang MYR kita ke USD contohnya, itu adalah FOREX namun ia diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Maka apa syaratnya?‍ Syarat-syarat inilah yang tidak dapat dituruti dalam sistem perdagangan FOREX atas talian yang banyak hari ini. 

Share article

Hari ini masih ramai yang berbahas mengenai perdagangan matawang atau FOREX. Apakah itu FOREX?

FOREX pada dasarnya merupakan gabungan dari dua kata dalam Bahasa Inggeris iaitu “foreign” dan “exchange”. Foreign bermakna “asing” atau “luar negeri” sedangkan Exchange bermakna sebagai “pertukaran”, dalam hal ini yang dimaksudkan adalah pertukaran mata wang. Dan ketika digabungkan foreign exchange dapat diertikan sebagai sebuah kegiatan perdagangan matawang asing.

Tanpa melihat kepada Fatwa Kebangsaan tahun 2012 yang mengharamkan perdagangan matawang asing atas talian oleh individu, apakah pengharaman atau mengapa dikatakan FOREX ini haram? Di sini menarik jika kita amati kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada tahun 2012 yang mengatakan bahawa terdapat salahfaham dan laporan media ketika itu yang menunjukkan seolah semua bentuk FOREX adalah haram.

Apa yang kita faham daripada kenyataan itu adalah ada jenis FOREX yang diharuskan antaranya sekiranya kita ingin ke luar negara, kita perlu menukar matawang MYR kita ke USD contohnya, itu adalah FOREX namun ia diharuskan dengan syarat-syarat tertentu. Maka apa syaratnya?

Syarat-syarat inilah yang tidak dapat dituruti dalam sistem perdagangan FOREX atas talian yang banyak hari ini. Hukum FOREX sebenarnya adalah harus berdasarkan hadis sahih yang diriwayat oleh Ubadah bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‘Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh). Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jual beli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai.’ (Hadis riwayat Imam Muslim (no. 1587))

Penggunaan matawang kertas pada zaman ini mengambil tempat matawang emas dan perak kerana persamaan pada kegunaannya hari ini sebagai medium pertukaran barang. Namun begitu, amatlah penting untuk dipastikan jual beli ini dilakukan berdasarkan syarat-syaratnya yang khusus. Jika tidak menepati syarat, maka transaksi itu menjadi batil dan terlibat dengan riba yang diharamkan.

Secara tunai didalam hadis di atas merupakan syarat terpenting dalam transaksi pertukaran matawang hari ini. Dalam bahawa Arab ia disebut sebagai Taqabudh atau penyerahan secara lani, dalam Bahasa Inggeris pula disebut sebagai Spot.

Maknanya jika kita ingin menukar RM 100 kepada USD 40, kita perlu serah RM 100 dan kita perlu menerima USD 40 pada masa yang sama. Dalam kes FOREX secara atas talian, syarat ini tidak dituruti. Dengan adanya elemen Leverage, Cross Currency, dan Rolling Interest mendedahkan ramai kepada perkara haram dan yang paling besar adalah pengharaman riba di mana Allah dan RasulNya mengisytihar perang kepada mereka yang terlibat di dalam riba.

Semoga penerangan ringkas ini dapat menjawab beberapa persoalan dan ketidakjelasan isu hukum FOREX ini dan semoga kita dapat menjauhkan diri daripada perdagangan matawang asing atas talian.



Arham Merican

7 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda