Shariah

2

min read

Fatwa Zakat Ke Atas Aset Digital Bitcoin

Menariknya fatwa Perlis ini membenarkan pembayaran zakat dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin,namun kaedah pembayaran menggunakan Bitcoin itu belum dapat dipastikan kaedahnya.‍Menurut fatwa tersebut, pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah :‍[ (Nilai terendah unit BTC dalam satu tahun x bilangan unit BTC) + keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun ] x 2.5 %

Share article

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-44/2019 dan diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1/2020 pada 10 Januari 2020 berpendapat bahawa Bitcoin dikenakan zakat apabila mencukupi haul (tempoh setahun) dan nisab (kadar minima) di atas sifat ia adalah ‘Urudh al-Tijarah. ‘Urudh al-Tijarah bermaksud barangan dagangan.


Fatwa ini adalah fatwa pertama yang mewajibkan dan memberi panduan kepada pemilik asset digital untuk membayar zakat ke atas pemilikan mereka. Negeri lain seperti Johor berpendapat bahawa selagi Bitcoin dan matawang digital masih dalam peringkat kajian Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai urusetianya, maka fatwa negeri tidak perlu dikeluarkan lagi.


Menariknya fatwa Perlis ini membenarkan pembayaran zakat dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin, namun kaedah pembayaran menggunakan Bitcoin itu belum dapat dipastikan kaedahnya.


Menurut fatwa tersebut, pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah :

[ (Nilai terendah unit BTC dalam satu tahun x bilangan unit BTC) + keuntungan hasil dagangan sepanjang
tahun ] x 2.5 %

Sebagai contoh mudah Sulaiman mempunyai satu unit Bitcoin yang dibeli pada 1 Januari 2020 pada harga RM 29,808.00. Setelah setahun iaitu pada 1 Januari 2021, genaplah tempoh haul iaitu tempoh setahun dan nilai semasa Bitcoin beliau adalah RM 133,320.00. Nilai semasa itu melebihi nisab Perlis iaitu RM 20579.75, maka zakat perlu dibayar.

Pengiraan zakat Sulaiman:

Nilai terendah 1 Januari 2020 - 1 Januari 2021: RM 26,839.62 (nilai Mac 2020)
Bilangan Unit: 1
Keuntungan hasil dagangan: 0 (tidak pernah menjual unit)
Maka {(RM 26,839.62 x 1) + 0 } x 2.5% = RM 670.99

Nilai 670.99 itu sama ada diambil daripada jualan sebahagian Bitcoin atau dibayar menggunakan sumber lain ke mana-mana pejabat zakat.


Walaupun hanya Perlis yang mengeluarkan fatwa ke atas Bitcoin, mana-mana pelabur yang ingin membayar zakat boleh berbuat demikian berdasarkan fatwa dan cara kiraan mereka dan disalurkan ke mana-mana pusat zakat. Juga pandangan saya, ia boleh digunapakai untuk asset digital lain walaupun fatwa dikhususkan kepada Bitcoin. Moga pelaburan kita semua diberkati.


Arham Merican

6 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda