Shariah

2

min read

Elak Riba Dalam Tukaran Duit

Dalam keghairahan kita menukar duit raya, ada satu syarat penting yang perlu diingat. Syarat itu adalah kita perlu memastikan tukaran duit kita dilakukan dengan sama nilai tanpa sebarang pertambahan. Contohnya kita menukar RM 500 untuk denominasi RM 5 berjumlah RM 450.  Ini merupakan perkara yang perlu dielakkan kerana adanya unsur Riba.

Share article

Bolehkah terjadi riba dalam menukar duit? Tukar duit syiling ke duit kertas atau sebaliknya terutama dalam menukar duit raya.

Tidak kurang institusi dan kedai yang menyediakan sampul raya buat pelanggan mereka dan tidak dilupakan semakin banyak aplikasi yang tersedia terutama oleh bank-bank untuk menyediakan platform saluran duit raya melalui kod QR, atau pemindahan wang secara atas talian yang dikenali sebagai e-duit raya.

Tambahan pula,banyak juga bank-bank seperti Maybank, Ambank, Affin dan lain-lain yang menyediakan khidmat tukaran duit denominasi kecil melalui mesin ATM mereka. Denominasi serendah RM 10 sehingga RM 50 boleh didapati dengan nilai maksimum bergantung pada bank masing-masing.

Dalam menyediakan duit raya, ada antara kita yang akan ke bank-bank atau mengirim kepada sahabat-sahabat yang bekerja di bank untuk menukar duit raya dengan denominasikecil RM 1, RM 5, RM 10 atau mungkin RM 20 dan RM 50. Selain itu, tukaran duit juga dilakukan dengan mendapat duit baru seolah ia baru dicetak, sesuai dijadikan sebagai duit raya kepada anak-anak kecil.

Dalam keghairahan kita menukar duit raya, ada satu syarat penting yang perlu diingat. Syarat itu adalah kita perlu memastikan tukaran duit kita dilakukan dengan sama nilai tanpa sebarang pertambahan. Contohnya kita menukar RM 500 untuk denominasi RM 5 berjumlah RM 450.  Ini merupakan perkara yang perlu dielakkan kerana adanya unsur Riba.

Berdasarkan hadis sahih yang diriwayat oleh Ubadah bin Samit RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‘Emas yang ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, (hendaklah) dilakukan secara sama kualiti dan kuantitinya, dan secara tunai (tidak bertangguh).Jika (dilakukan transaksi) berbeza jenis-jenis tersebut, maka lakukanlah jualbeli mengikut apa yang kamu kehendaki, dengan syarat dilakukan secara tunai. (Hadis riwayat Imam Muslim (no. 1587))

Hadis di atas menyebut tentang emas dan perak di mana ulama menqiaskannya kepada matawang pada hari ini. Maka transaksi matawang mengikut syarat yang sama. Syarat bagi mengelakkan Riba daripada berlaku adalah sama nilai ditukar tanpa sebarang pertambahan atau pengurangan.

Namun begitu, sekiranya kawan atau pihak yang menyediakan denominasi kecil itu ingin mengenakan caj bagi tukaran itu, ia perlulah dengan nilai yang munasabah, mengikut kadar berpatutan, dan seboleh mungkin dijustifikasikan kos itu contohnya kos minyak atau kos penghantaran mengikut tempat dan sebagainya. Tidak boleh dikenakan caj sesuka hati kerana ia akan menjurus ke unsur Riba seperti yang disebut dalam hadis di atas.

Contoh caj yang tidak munasabah adalah dikenakan caj secara peratus contohnya caj 10% bagi setiap tukaran. Tukar RM 100 dicaj RM 10, tukar RM 1000 dicaj RM 100. Ini antara contoh unsur Riba yang diharamkan dalam Shariah.  


Arham Merican

5 Mac 2024

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Ditulis oleh

Arham Merican

Arham Merican adalah seorang Penasihat Shariah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Beliau merupakan Pegawai Strategi Sharlife Sdn Bhd dan Pengasas Sampul, aplikasi wasiat digital untuk aset digital. Berpengalaman lebih 8 tahun dalam dunia korporat dan industri kewangan dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Shariah, Bursa Malaysia Berhad.

Artikel-artikel oleh

Arham Merican

TIDAK mahu tertinggal?

Dapatkan artikel terkini terus ke emel anda